Tuesday 8 March 2011

CIRI-CIRI WANITA SOLEHAH

CIRI-CIRI WANITA SOLEHAH

1. Mencintai Allah dan Rasul

Melebihi cinta dan ketaatan kepada orang lain.Sabda Rasulullah s.a.w : “Tiga perkara sesiapa yang memilikinya akan mendapat kemanisan iman: menjadikan Allah dan Rasulnya lebih di cintai daripada kedua-duanya…”Riwayat al-Bukhari dan Muslim.

Mencintai Allah dan Rasul dengan mentaati segala suruhan dan larangan syarak.

Sabda Rasulullah s.a.w melalui hadis qudsi: “hamba-ku yang mendekatkan diri kepada-ku dengan melakukan amalan fardu lebih aku cintai. Sentiasalah hamba-ku berterusan menghampiriku dengan melakukan amalan sunat sehingga aku mengasihinya. Apabila aku mengasihinya, jadilah aku pendengarnya yang dia mendengar dengannya, penglihatan yang dia melihat dengannya, tangan yang dia memukul dengannya dan kaki yang dia berjalan dengannya, kalau dia meminta kepadaku, pasti aku akan memberinya dan kalau dia memohon perlindunganku, pasti aku akan melindunginya” Riwayat al-Bukhari.

Termasuk mencintai Rasulullah mengikut dan mencintai baginda dalam setiap perkara Firman Allah s.w.t :”Katakanlah (wahai Muhammad): jika benar kalian mencintai Allah, maka ikutlah aku,nescaya Allah akan mengasihi kalian, Dan (ingatlah), Allah maha pengampun; lagi maha mengasihani”:- surah Ali Imran:31

2. Mentaati Ibu Bapa

Sentiasa mentaati ibu bapa dalam perkara makruf menasihati ke arah kebaikan. Jangan menderhaka kepada keduanya.

Firman Allah s.w.t “Dan hendaklah berbuat baik kepada ibu bapa”- surah al-Israk:23
Sebelum bersuami ketaatan kepada ibu bapa adalah yang lebih utama selepas Allah dan Rasul.

3. Mentaati Suami Dalam Perkara Makruf

Setelah berkahwin ketaatan kepada ibu bapa berpindah kepada suami. Mentaati dalam perkara yang baik dan harus. Apabila suami menyuruh kepada maksiat tiada lagi ketaatan.

Sabda Rasulullah s.a.w: “Tidak ada ketaatan kepada makhluk dalam perkara maksiat kepada Allah”.-

Rasululllah bersabda, “Jika diizinkan seorang manusia sujud kepada manusia,tentu aku akan suruh wanita-wanita sujud kepada suaminya”.-Riwayat al-Tirmizi hasan sahih.

Rumahtangga bahagia sebenarnya terletak pada isteri yang solehah. Ia taat kepada perintah Allah dan Rasul serta setia kepada suami yang soleh.

“Wanita yang solehah ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri (tidak berlaku curang serta memelihara rahsia dan harta suaminya ) di belakang suaminya, oleh kerana Allah telah memelihara mereka…” (Surah An-Nisa’:34)

4. Menguruskan rumahtangga

Seorang isteri Muslimah disuruh oleh Allah agar sentiasa berada dirumah dan tidak boleh pergi kemana-mana sesuka hati tanpa izin suami. Duduk dirumah bukan bererti hanya berdiam diri sahja tetapi mengerjakan tugas sebagai isteri.

Hikmah daripada perintah Allah tersebut iaitu, supaya para isteri dapat menjaga dan mendidik anak secara lebih sempurna ketika suami mencari rezeki. Masa lapang ia perlu di isi dengan menambah pengetahuan tentang ugama sebagai bekalan untuk menghadapi ujian hidup pada masa hadapan dan membimbing keluarga ke arah kebaikan.

Sabda Rasulullah s.a.w “Menuntut ilmu wajib ke atas setiap muslim”. Riwayat Ibn Majah Sahih oleh al-Albani dalam Sunan Ibn Majah.

Bijaksana menguruskan hal rumahtangga mendahulukan amalan yang wajib daripada yang sunat. Amalan sunat dan tanggungjawap kepada suami dan keluarga perlu didahulukan kewajipan sebagai isteri daripada amalan sunat yang lain.Sabda Rasulullah s.a.w: “Tidak halalbagi wanita berpuasa sedangkan suaminya ada di sisi tanpa keizinannya”.- Fath al-Bari, Kitab al-Nikah.

5. Berhias untuk suami

Menghias diri merupakan kegemaran wanita. Namun kadangkala wanita yang tidak faham akan kewajipannya,ia berhias diri ketika akan keluar rumah. Tetapi ketika di rumah ia dalam keadaan tidak bersih. Padahal di dalam Islam menganjurkan supaya isteri berhias hanya untuk suami.

Sebuah riwayat menceritakan : “Rasulullah s.a.w ditanya tentang sebaik-baik wanita. Baginda menjawab:Yang menyukakan kamu apabila memandangnya. Apabila disuruh, dia patuh, menjaga rahsiamu dengan baik dan menjaga harta kamu”.- Riwayat Ahmad dan selainnya dihasankan oleh al-Albani.

Tujuan isteri berhias ketika di rumah ialah supaya suami terhibur. Jika suami pulang dari tempat kerja dalam keadaan letih dengan melihat isteri dalam keadaan berseri-seri serta pakaian yang bersih, maka ia menjadi penawar kepada suami. Sehingga keletihan dalam mencari rezeki tadi menjadi hilang, dan bertambahlah kasih sayangnya terhadap isteri.

Sabda Rasulullah SAW: “Dari Jabir ra. Ia berkata: Kami pernah pergi bersama-sama Rasulullah di dalam satu peperangan. Ketika kami sampai ke Madinah, kami ingin masuk ke rumah masing-masing. Maka Rasulullah SAW pun bersabda: Bersabarlah, iaitu masuklah pada waktu malam iaitu selepas Isyak, supaya isteri dapat bersikat rambutnya yang kusut dan supaya ia dapat berhias kerana telah lama telah ditinggalkan suaminya.” (HR:Muttafaqun Alaihi)

Berhias bukan sahaja bagi menyambut kepulangan suami dari tempat kerja tetapi juga ketika suami ada di rumah. Wanita Islam hanya boleh berhias untuk dirinya sendiri dan untuk suaminya. Berhias mestilah dilakukan secara besederhana , kerana tujuan berhias agar ia kelihatan bersih dan senang dilihat oleh suami.

6. Berpakaian menurut ajaran Islam

Isteri yang menutup auratnya merupakan isteri yang solehah, Allah SWT berfirman, ertinya: “Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah sebagai perhiasan. Dan pakaian taqwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian daripada tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat.” (Surah Al-A’raar:26)

Wanita solehah perlu memastikan dirinya bersih , kemas dan cantik di rumah bersama suaminya. Apabila melangkah keluar rumah pakaian yang dipilih sentiasa memenuhi syarat syarak menutup aurat dengan sempurna. Dilarang memakai pakaian yang menampakkan susuk tubuh aurat wanita adalah seluruh tubuh kecuali muka dan kedua-dua tangan hingga ke pergelangan.

7. Menjaga batas pergaulan

Allah memerintahkan para wanita agar menundukkan pandangan ketika berhadapan dengan lelaki ajnabi. Jika terdapat sebarang urusan, dia menjaga batasan yang sepatutnya. Ia perlu bagi mengelakan fitnah.

8. Bersahabat dengan wanita solehah

Seseorang itu dinilai mengikut kawan-kawan yang rapat dengannya. Jika kawan-kawanya solehah, maka dia juga memiliki sifat yang sama.

Sabda Rasulullah s.a.w : “seseorang itu berada di atas agama kawannya. Oleh itu, perhatikanlah salah seorang kamu siapa kawannya”.-Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi dengan sanad yang Sahih.

Sumber : http://abunaiem.wordpress.com

Sivik di Jalan Raya

Hidup di KL nih memang boleh tengok macam2 perangai orang kite..tak kisah ar dari bangsa mane sekalipon..macam2 hal..tp dari segi kaum plak camner...dulu perempuan seringkali dikaitkan kalo bwk keta lembab macam siput..ikot suke mak bapak derang nak 'pancung' sane sini mcm kereta dah takder 'signal'..tapi dah lebih 3 tahun aku dok kat KL nih laen plak senario dier..perempuan bawak keta macam setan..laju nak mampos dan suke maen cucuk2..mungkin ader yang tak bersetuju dan menyangkal tp hakikatnya mmg ader segelintir golongan camnih...sebagai contoh perempuan yang bawak kereta yang kononnya mewah(setakat vios bukannyer mewah pon)...mungkin biler dah perasan kereta derang nih besar sumer org nak dihalaunyer dari jalan nih(org laen pon bayar cukai dan saman jugak cik adik oiiii)...aku tujukan artikel ini untuk menyeru kaum2 wanita disana atau lelaki2 lembut diluar sana agar jangan nak tunjuk samseng kat jalan..silap tunjuk padah jawabnyer..naper padah???

Kat KL nih mcm2 samseng jalan korang leh jumpe..mungkin harituh korang silap tunjuk belang..tak ke naya kene rogol ker kene rompak ker ngan samseng nih..mase nih biler dah kene jgn nak buat muke kesian plak mintak tlg..mmg PADAN MUKE korang tuh..tp SIVIK tidak mengenal GENDER..lelaki ker perempuan jgn cube nak tunjuk belang..takot2 ler sket dengan Maha Pencipta kite kat atas tgh tgk tuh..malu ler sket...

Aku paling pantang biler org yang bawak keta kat keta penuh lekat ayat2 suci(bagi org islam) dan mcm2 pelekat agama bagai tp biler bawak keta LANGSUNG tak pernah pikir pasal org laen..maen suker mak bapak korang nak masuk kuar dari lane..bawak slow mcm sipot babi kat lorong tengah dan kanan...pastuh bleh bawak sambil ckp dalam tepon...ikot hati mau ajer aku baling batu kat cermin korang tuh...

Lagi satu ramai org yang bwk keta tak hormat kat org yang bawak moto..aku personally kadang2 bawak motor(motor pon bayar cukai taw)..cube ler hormat kat depa nih..;

1. Jangan ler cucuk rapat2..derang pon manusia jugak...
2. Jangan ler potong rapat2...aku pernah terajang kereta yang buat camnih..padan muker korang hahahahhah
3. Jangan ler hon derang sesuke ati..terkejut beb..bg ler hon dgn kadar manje gitu..kang pakcik tuh sakit jantung ker aper tak ker naya..
4. kalo kat trafik jem bg ler laluan kat penunggang motosikal nih celah..takder ruginyer korang weihhhhh...
5. Buat penunggang motosikal plak jgn ler maen nyelit2 mcm video games tuh..nak nyelit pon agak2 ler..jgn sampai dah tergesel tergolek bagai baru korang tau...


setakat ini saja..buat saya jagalah sivik anda di Jalanraya..jgn sekali2 mengundang dan suker pada cacian dan makian org laen..jgn plak cube nak jadi bodoh piang atau jenis bodoh takleh diajar biler org nasihat korang balas plak biarlah..kalo derang kutuk atau maki aku derang yg dapat dosa tp hakikat yang sebenar korang yang SALAH..ada paham???

Monday 7 March 2011

~Kepekaan~

Dizaman serba moden ini sumer umat manusia dah maju kehadapan..dunia it kini dah jadi satu trend..input dan output didepan mata..kini Kerajaan dinilai dengan begitu teliti sekali oleh rakyat..rakyat adalah TUAN kepada kerajaan..kerana mereka inilah kerajaan mendapat mandat untuk memerintah..tetapi apabila kerajaan sudah tidak dapat menerima teguran maka jatuh sudahlah kepimpinan kerajaan kini..seperti sedutan dari
kisah Muawiyah r.a di zaman pemerintahanya telah buat kenyataan, bahawa harta Baitu Mal dia yang punya, siapa berani bantah, sila jumpa belakang pintu, lalu satu orang pakcik telah berdiri membantah, dan Muawiyah arahkan pakcik ni pergi belakang pintu, orang rami dah panic dah.., dan di belakang pintu, Muawiyah R.ahu, telah peluk pakcik ni, ucap terima kasih kerana di zaman pemerintahannya, masih ada yang berani tegur, sebab Nabi dah bagitahu, jika jadi pemimpin yang rakyat tak berani tegur, maka celakalah...
aku quote dari blog

Surat Seorang Remaja Kepada Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib

----------------------------------------------------------------------------------------

Assalamualaikum Dato’ Seri.

Saya, Muhammad Muizzuddin bin Zaini. InsyaALLAH Julai nanti genaplah umur saya 19 tahun. Masih berbaki lebih kurang 2 tahun sebelum saya layak mengundi. Tetapi saya yakin dalam ruang demokrasi tidak pula mensyaratkan yang saya hendaklah berumur 21 tahun untuk melayakkan surat saya ini dibaca Dato’ Seri.

Dato’ Seri, saya ingin memperkenalkan diri sebagai remaja yang sangat ingin tahu. Keinginan saya ini menjadikan saya remaja yang tidak hanya terpaku di meja belajar semata. Saya mampu menonton berita hingga ke penghujungnya (tidak di bahagian Sukan semata).

Saya juga mampu membaca suratkhabar dari muka depan hingga ke muka akhir. Saya sering ‘singgah’ di laman-laman sesawang untuk melihat berita-berita yang tidak tersiar di media arus perdana. Saya juga remaja yang suka meladeni buku-buku yang tidak menjadi kegilaan kebanyakan remaja seusia saya.

Tidaklah pula saya katakan yang saya lebih tahu daripada Dato’ Seri, tidak. Saya cuma mahu tegaskan saya adalah remaja yang memerhati. Saya adalah remaja yang bukan kerjanya sehari-hari hanyalah makan, tidur, ‘menelan’ buku teks semata. Saya adalah remaja yang mengikuti rapat perkembangan-perkembangan semasa negara tercinta ini.

Izinkan saya Dato’ Seri untuk memberi pandangan saya. Pandangan seorang budak, seorang remaja. Mungkin Dato’ Seri fikir, apalah ada pada seorang remaja seperti saya. Justeru, suka untuk saya ingatkan pada Dato’ Seri yang InsyaALLAH kelak, kamilah yang akan membuang undi!

Dato’ Seri Najib yang saya hormati, memimpin sebuah negara bukanlah perkara yang mudah. Tidak pernah ia menjadi mudah, tidak boleh ia diambil mudah. Ia adalah persoalan besar dan penting. Persoalan yang diletakkan tinggi di dalam Islam. “Kepimpinan adalah amanah, celaan di dunia, dan penyesalan di akhirat”, begitu sabda Nabi SAW.

DASAR

Saya, yang tohor ilmu dan cetek pengalaman ini percaya bahawa setiap tindakan kita adalah bergantung kepada prinsip yang kita letakkan sebagai neraca asas. Bagi sesetengah orang, mereka meletakkan Demokrasi sebagai neraca asas mereka. Ada yang meletakkan kepentingan peribadi, atau kroni, atau Sosialisme, Liberalisme dan sebagainya. Bagi kita, seorang Muslim, neraca asas yang menjadi dasar pertimbangan kita tentulah ISLAM. Izinkan saya bertanya, apakah Asas Utama kepada setiap tindakan Dato’ Seri?

Apakah Islam? Atau Kepentingan diri, atau kroni, atau selainnya?

Maaf Dato’ Seri, kiranya jawapan Dato’ Seri bahawa asas bagi setiap tindakan Dato’ Seri adalah Islam (saya tak pasti jika Dato’ Seri akan memilih jawapan selainnya), maka saya ada beberapa soalan untuk Dato’ Seri.

Saya amat keliru dengan dasar Program Transformasi Ekonomi yang dibawa Dato’ Seri. Apakah ianya dirangka dengan neraca Islam atau selainnya. Justeru, saya mohon penjelasan Dato’ Seri.

Saban hari saya dan rakan-rakan menerima berita dari segenap pelusuk negara, sama ada dekat dengan kami atau jauh, remaja seusia kami yang MENGHILANG! Iya, ‘hilang’ nyawa kerana penggunaan dadah berlebihan atau kerana perlumbaan haram. ‘Hilang’ maruah dan harga diri kerana amalan penzinaan lewat pergaulan bebas. ‘Hilang’ akal kerana ketagihan ekstasi, pil khayal dan arak. ‘Hilang’ kewarasan hingga tergamak membunuh bayi kecil atau ditinggalkan di jalanan untuk menjadi habuan anjing dan hurungan semut. ‘Hilang’ kemampuan untuk menjadi barisan pelapis kepimpinan negara. ‘Hilang’ arah hinggakan nafsu ‘disembah’ sebagai Tuhan! HILANG Dato’ Seri, HILANG!

Saya begitu terkesan pada pesan Saiyidina Ali KWJ, “Lihatlah pada generasi muda, untuk menilai masa depan ummatnya”. Saya tergamam dan jadi takut Dato’ Seri, melihatkan rakan-rakan sebaya yang hanyut. Apakah sebegini hancur dan punahnya masa depan negara tercinta ini!?

PELAN TRANSFORMASI EKONOMI

Program Transformasi Ekonomi anjuran kerajaan pimpinan Dato’ Seri turut menggariskan perancangan untuk MENJADIKAN MALAYSIA SEBUAH HAB HIBURAN MALAM UNTUK MEMACU INDUSTRI PELANCONGAN. Di atas alasan untuk memperkasa industri pelancongan dan menarik pelancong juga kerajaan pimpinan Dato’ Seri merancang penubuhan kelab-kelab malam terkemuka, menganjurkan konsert utama, melonggarkan garis panduan untuk penghibur antarabangsa dan mempakejkan semula acara antarabangsa seperti Formula 1 dan MotoGP.

Kerajaan Dato’ Seri juga mencadangkan penubuhan zon hiburan di Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang, Genting Highlands, Pulau Pinang, Langkawi dan Kota Kinabalu bagi menggandakan pendapatan hiburan malam Malaysia kepada RM1.8 bilion menjelang 2020. Penubuhan enam kelab malam baru yang mampu menampung kehadiran 900 pengunjung pada hujung minggu menjelang awal 2012 akan menyusul. Dua lagi akan beroperasi pada 2013 dan 2014.

Maka menjelang 2014 negara kita akan memiliki sekurang-kurangnya 10 kelab malam di zon hiburan. Rancangannya adalah untuk menghasilkan impak pendapatan kasar negara RM0.7 bilion dan mewujudkan lebih kurang 5,000 pekerjaan baru menjelang 2020. Bagi mencapai hasrat itu, kerajaan Dato’ Seri akan merubah beberapa peraturan hiburan, termasuk membenarkan pelanjutan had waktu beroperasi bagi pusat hiburan malam.

Dato’ Seri juga berhasrat melonggarkan lagi syarat-syarat untuk persembahan artis luar negara. Dan kami telahpun menyaksikan bagaimana seorang penyanyi gay membuat persembahan, memuaskan nafsu remaja-remaja muda dengan kebenaran daripada kerajaan Dato’ Seri.

Izinkan saya ulangi soalan saya Dato’ Seri, apakah Islam diletakkan sebagai neraca timbangan ketika Dato’ Seri merangka, membentang dan membahas idea ini? Ataupun Dato’ Seri punya pilihan lain yang Dato’ Seri lebih suka untuk diletakkan sebagai neraca timbangan?

Yang Amat Berhormat Dato’ Seri, apakah Dato’ Seri penuh sedar bahawa perancangan Dato’ Seri ini adalah perancangan ‘PEMUSNAHAN’ besar-besaran? Ini bukanlah pelan pembangunan ekonomi, ini adalah pelan ‘PEMUSNAHAN’ berskala besar yang akan menjadikan rakan-rakan seusia saya, remaja semuda saya atau lebih muda hancur musnah Akhlaknya, punah-ranah Sahsiahnya.

Iya, Dato’ Seri akan ‘menghancur’ dan ‘membunuh’ pemimpin masa depan, para cerdik pandai generasi akan datang dengan lambakan hiburan dan keseronokan melampau! Saya dan rakan-rakan bakal dihidang dengan acara memuas nafsu yang berterusan. Ini akan menatijahkan hanya satu Dato’ Seri, iaitu hilang upayanya kami untuk menduduki barisan kepimpinan negara suatu masa nanti. Atau apakah pada pandangan Dato’ Seri, yang kami akan menjadi lebih bijak dan pandai kiranya ‘menelan’ hiburan-hiburan ini?

IFF dan AURAT

Dato’ Seri, seolah-olah saya pernah mendengar Saiyidina Umar al-Khattab menegaskan, “Bahawa adalah kita, ummat yang dimuliakan Allah dengan Islam. Sesiapa yang mencari kemulian selain daripada Allah, maka akan dihina Allah”. Terasa-rasa seperti terdengar SA Umar bertitah demikian kerana ia begitu meresap masuk di hati ini.

Dato’ Seri, saya begitu kecewa dan terkesima jadinya waktu melihat Dato’ Seri dan isteri melangkah megah di Festival Fesyen Islam, Monte Carlo tempoh hari. Saya tak dapat mengawal hati untuk berteriak-teriak marah tatkala melihat gambar pakaian-pakaian yang diperaga atas nama “Kelembutan Islam” (Modesty of Islam) yang dinaungi oleh isteri Dato’ Seri dan pastinya dengan izin Dato’ Seri. Saya dan sahabat-sahabat terpinga-pinga dan tertanya-tanya apakah ini pemahaman Dato’ Seri dan isteri mengenai pemakaian di dalam Islam?

Saya dan rakan-rakan jadi jelak dan muak Dato’ Seri, maaflah. Waktu Dato’ Seri ‘bertempik’ berikrar untuk mempertahankan Islam dan Melayu, isteri Dato’ Seri tidak pernah berusaha untuk menyahut seruan suaminya sendiri. Isteri Dato’ Seri tidak pernah kelihatan menutup aurat dengan sempurna. Isteri Dato’ Seri berpeluk mesra dengan orang yang haram bersentuhan (bukan mahram) tanpa segan silu di khalayak ramai. Saya tertanya-tanya, apakah Dato’ Seri meredhai perbuatan isteri Dato’ Seri ini?

bukanlah niat untuk memberontak..aku sayangkan Malaysia tp dalam pada masa yang sama aku taknak Malaysia jadi macam Indonesia..jumlah mereka yg makin mundur lebih ramai dari yang maju..takkanlah kita ingin semakin maju kebelakang..sepatutnya Malaysia maju bersama-sama dengan rakyat kerana kerajaan kini maju disebabkan oleh rakyat dan bukan oleh kerajaan..kerajaan ibarat pemimpin dan pemimpin tanpa org yang ingin dipimpin ibarat mereka yang kehilangan arah tuju yang semakin tenggelam di arus kesesatan....Wallahualam..

p/s:Takut dan berani kerana Allah S.W.T...dimana kita akan dihisab dihadapanNya nnt..waktu itu bukan kita yang menjawab tapi tubuh badan yang akan menjawab dan sesungguhnya waktu itu kita tidak boleh berbohong dihadapanNya....

~Kawen Apek~

Berbekalkan 1000D yg dah genap setahun..subjek kali nih sepupuku sendiri..aka apek..destinasi Jengka, Pahang...



























Thursday 3 March 2011

Aktiviti harian aku (><)

6.15 pagi - bangun>mandi>solat>ready2 nak gi kije..org ckp yg mandi kejap nih cincai tp aku mandi laju..sabun berus sumer lengkap..

6.35 pagi - gi kije sepantas kilat..lalu Besraya byr tol guna smart tag..bwk berhemah..kalo nak laju gune lorong kanan..nak slow lorong kiri..lorong tgh bukan utk lorong org slow yg takot atau malas nak memotong ek..jgn lupe gunekan lampu isyarat

7.00 pagi - sampai opis lame(sbb opis baru takder pas parking dan aku kedekut nak byr rm6 utk parking luar tuh..opis baru still parking free..bukan pakai pas pon..naik lrt gi opis baru

7.15 pagi - sampai opis baru..gi tandas membuang(sbb kat umah tak sempat)

8.30 pagi - makan sarapan depan pc sbb malas nak turun bwh minum..jimat belanje..ekonomi tak braper baik..saper ckp pegawai tak pandai berjimat???

9.00 pagi - dapat surat suh reply ke KDN....9.05 dah siap gi mintak bos sain...

9.10 pagi - dah start takder kije..start cari keje laen...kontrak dah nak tamat dah...sambil2 donlod muvi baru yg tak smpt tgk wayang bulan lepas...donlod pastikan HD baru syiok tgk kat TV LCD Panasonic 42" baru yg bini aku beli tuh keh3...

1.00 ptg - gi minum ngan member..malas nak makan..dah terbiase tak makan tgh ari..minyak naik so duit makan kene potong...

2.15 ptg - blk tgk surat bos tak sain lagik..bos aku nih mmg bizi memanjang...

4.30 petang - dah tunggu depan punchkad blk..jalan 10 min gi lrt..4 min smpi opis lame..4.50 gerak dari opis lame ke rumah....5.20 sampai umah kalo jln istana ngan KL seremban tuh tak jem...hai rutin harian yg bosan....takper esok cube lagi...syukur aku ader kije lg...:))


p/s : arinih aku terbace blog http://aididmuaddib.blogspot.com/ dan terperasan satu thread psl blog yg dier selalu bace... http://keretamayat.blogspot.com blog nih mmg best bg saper2 yang bebal sket bab agama...mcm aku nih keh3